Friday 4 May 2012

Back to reality, back to Premium Beautiful

Lepas 3 minggu mc, isnin depan dah kena start kerja. Happy ke kena naik kerja? Of coz notttt...hahaha. Selain back to work, jom kita back to business. Ahh yang ni happy :)


Premium beautiful corset, memang tak rugi beli. Kenapa kena ada corset ni? Jom tengok di antara kelebihannya:


1. Dicipta untuk 70% kesihatan dan 30% kecantikan
2. Sedap dipakai, bila dah pakai rasa body smart, kemas, no flabby-flabby. Sangat sesuwei kalau nak pakai kebaya atau baju yang ikut body shape 
3. Lifetime warranty, cangkuk tercabut satu pun boleh hantar balik dan betulkan foc saje
4. Produk berkualiti dan tahan lama, asalkan jangan basuh pakai washing machine, perah dan jemur bawah panas sang mentari
5. Satu-satunya corset yang dapat superbrand award di Malaysia
6. Bila pakai, secara automatiknya selera makan kita kurang. Nak makan banyak pun tak boleh sebab cepat kenyang.
7. Melancarkan blood circulation, sebab ada FIR dalam benang-benang korset PB
8. Mengeluarkan keputihan
9. Instant reshape body kita.
10. Pakai secara konsisten at least 8 jam setiap hari untuk nampak kesannya. 


Nanti kita update lagi ye benefit-benefitnya.


Sesiapa yang nak tau further, feel free to contact me. Setiap full set yang dibeli ada diskaun & free gift lagi.
Payment bole cash, credit card atau cash installment. 


Saya bole dicontact di:
norris_nsh@yahoo.com atau 012-2284484 atau whatsapp/viber ke 018-2651960 atau add fesbuk kat norrishm@gmail.com

Monday 30 April 2012

Aku mangsa blind date



Aku rasa semua orang pernah ada blind date kan? Aku teringat satu kisah lucu pasal blind date kawan aku, Ina. Dia dah janji dengan satu abang ni, sape ek nama dia, lupa aku. Janjinya kat depan restoran Happy Fried Chicken. Maka aku dengan kawan aku lagi sorang, Amoi pegi la teman dia. Masa tu kitorang form 5 kot.


Kami bertiga tunggu kat kaki lima kedai, tetiba nampak satu brader ni tunggu kat motor dia kat depan kedai lagi satu. Lagaknya macam tengah tunggu orang. Dia pun pandang-pandang kat kitorang. Sekali dia bukak helmet dia, mai ooiii misai melentik sebijik macam A.Galak. Ina dah gabra, dia taknak jumpa. Tetiba brader tu datang kat kitorang, dia tegur aku, "Ni Ina ke?" Aku terkujat, dan-dan tu ina dengan amoi blah terus lintas jalan.  Aku tercegat cam orang bodoh kat situ. Dak Ina takleh bersuara sebab dia batuk, suara serak dari malam semalamnya. Kalau dia bercakap, sure A Galak tu tau itu adalah dia.


Puas aku cakap yang aku bukan Ina. Dia kata "Kalau bukan Ina, kenapa tunggu sini, pandang-pandang abang. Abang tau awak ni Ina". Aku kata aku nak tunggu kawan aku. Pastu brader tu cakap apa lagi tah, aku pun tak ingat, yang aku ingat mati-mati aku kata aku bukan Ina. Nak tunjuk Ina yang sebetulnya, tak sampai hati lak aku, walaupun aku nampak dia dengan amoi tengah seronok gelakkan aku. Aku cakap dengan brader tu aku nak gi kat kekawan aku. Dia siap cakap sampai hati aku buat dia camtu, dia datang jauh-jauh dari Muar tapi aku taknak jumpa. Dengan muka sedih+bengang dia pun blah. Lepastu memang la dak ina kena dengan aku. Tapi bukan marah apa pun.. kelakar gila kotttt...


Esoknya dak chah bagitau aku, A Galak call dia, cakap kat dia yang aku tak mengaku aku ni Ina. Chah tanya la camne rupa 'Ina' tu.. A Galak tu describe la.. Dak Chah kata.."Aku dah agak, mesti yang dia jumpa tu kau".

Aku tak ingat le ina ni kenal brader tu dari chah ke apa..tapi macam ada kaitan la, lupa aku.

Amoi, Ina, Aku - tahun 1997


Blind date aku dengan laki aku pulak? Dia call aku dari public phone area rumah aku, kata nak jumpa. Aku ingat dia main-main, tapi dia kata "kat telefon ni ada satu butang dah berlubang". Betulla tu sebab aku selalu ke public phone tu. So pukul 10 malam aku keluar jumpa dia pakai baju tidur.. haha.. Tu la first time aku jumpa laki aku lepas 2 tahun kenal kat phone aje. Jumpa pun sekejap je sebab aku segan campur takut..


Tapi tu kira blind date ke? Haha.. Bole la kot.. sebab tak pernah jumpa kan...

Masa kecik

Kecik-kecik dulu aku tinggal kat berek hospital Tangkak. Aku takde kawan-kawan sebaya di kalangan jiran-jiran aku. Kalau ada perempuan pun dah kira kakak-kakak yang tak main luar rumah, atau lagi muda dari aku, Is aku panggil dia. Tapi dia dah meninggal accident, Alfatihah untukmu Is. So aku geng dengan kekawan abang aku.


Dah kawan dengan lelaki haruslah permainan pun game lelakilah. Sebelah area rumah aku ada kebun getah. Kitorang masuk lubang kat pagar tu pegi kutip biji getah. Main laga bijik getah, bijik getah sapa tak pecah, dialah terrer. Main baling selipar, main bola asam..hah yang ni memang berbirat belakang kena baling bola tenis tu. Askar-askar, nyorok ibu, lumba basikal, panjat sana sini, main meriam (tu aku tengok je..), teng-teng.. apa lagi ek?? Hah.. baling getah, main ceper, tangkap belalang, pondok-pondok (yang ni jarang sebab takde geng). Dulu mana ada video game ke komputer ke.. so tetiap petang memang aktiviti kat luar rumah. Lagipun dulu-dulu memang selamat kalau balik sekolah duduk rumah sendiri, main luar rumah, merayau-rayau. Zaman sekarang ni je bahaya sikit.


Ada geng perempuan pun luar kawasan hospital, Zully. Selalu jugak main sama, tapi dia pun dah sama cam lelaki. Dengan dia ni kitorang gi main kat sungai, main guling kat bukit tepi padang, panjat tembok shoplot yang baru siap, senggayut kat ampai dobi, mengintai wad-wad, mengintai labour room masa pegi ngaji...(hahah..giler..).


Aku pernah kene kunci pintu, mak tak kasik masuk rumah sebab merayap tak ingat nak balik. Duduk la aku kat depan rumah sampai pintu dibukak. Masuk rumah kene bebel lagi. 


Seronok ingat zaman budak-budak masa dulu. Stress free. Tau dalam kepala nak main aje. Rindu kamu semua kak yati, kak aja, kak uji, arwah is, rosli, hasri, azri, aziah, majan, abg acid, kak us, arwah yayi, liza, zully, emi, boy, lela, bobot.. sapa lagi ek.. lupa dah aku..

Tuesday 24 April 2012

Perempuan, jagalah maruah dan aib kita

Menanggung sakit berminggu-minggu buatkan aku selalu berfikir, Allah kalau nak tarik nikmat hidup kita, anytime aje. Ini baru aku sakit sikit. Mengenangkan sepupu hubby aku yang 2 orang tu lagi membuat aku insaf. Dua-dua pun baru 20-an. Sorang koma dah berbulan-bulan kerana brain tumor, sorang lagi terlantar kanser paru-paru. Nauzubillah... 

Tapi kita insaf bila nampak depan mata atau bila dah menanggung je. Bila sihat? Ada kita fikir tu semua? Tak ada kan. Kita rasa kita hidup menongkat langit sampai bila-bila. Ohhh.. aku muda lagi, sukati akulah nak buat apa, yang kau sibuk kenapa? Nanti aku taubatlah. Nanti aku berubahlah. Itu yang kebanyakan dari kita fikirkan. 

Dulu aku nakal. Aku mengaku. Macam-macam kenakalan aku buat. Orang mudalah katakan. Tapi nakal-nakal aku pun dengan laki aku. Aku tak gadaikan maruah aku pada lelaki-lelaki yang entah sesiapa. Hmmm... bila tengok kes-kes gambar bogel artis ataupun model ataupun perempuan yang entah sesiapa, yang pastinya diorang tak mengaku itu adalah diorang, aku fikir, mana la kes rogol tak berleluasa.. tak dapat merasa yang itu, dia rembat orang-orang yang tak bersalah.

Biasanya yang nak sangat ambik gambar macam tu semuanya yang suam-suam kuku. Yang perasan hot atau tengah mencari-cari tapak dalam bidang yang entah aku tak tau apa. Entahlah dik. Akak bukanlah baik sangat nak cerita pasal benda-benda ni semua. Nanti ada pulak yang cakap macam la kau tu baik sangat, semua orang buruk kat mata kau. Tapi sukati koranglahkan nak buat macammana. Kubur pun masing-masing. Tapi sangat kesian pada korang yang sanggup gadaikan maruah sendiri. Esok dah tersebar ke serata alam barulah kau tau. Orang yang mengambik gambar tu memang la suka. As if diorang tu pun sama menongkat langit sampai bila-bila. 

Aku ada suami, anak perempuan dan anak lelaki. Aku doa siang malam agar keluarga aku tak terlibat dengan benda-benda yang sebegini. Tapi cabaran zaman sekarang memang sangat hebat. Aku hanya mampu berdoa agar Allah makbulkan doa aku. Kita semua nak yang terbaik untuk keluarga kita di dunia dan akhirat. Aku pun bukan baik sangat, tapi perlahan-lahan aku cuba berubah kepada yang lebih baik sebab umur aku makin bertambah. Nak nakal sikit-sikit bolehlah.. aku faham naluri manusia, cuma janganlah terbang tinggi sangat. Sakit bila jatuh. Wallahualam.




Tuesday 17 April 2012

sakit..sakit..sakit..

Yeee.. bersiaran dari bilik 215 wad Sri Menanti, KPJ Seremban Specialist Hospital...


Jumaat minggu lepas, 6/4/12 aku direfer ke gynae, Dr Ishak sbb perut aku sakit dah seminggu. ada 2 kemungkinan, cyst atau appendix. Doc kat panel klinik aku kata if appendix mesti dah pecah kalau dah seminggu, so dia kata maybe cyst & dia refer aku kat gynae. 


Bila jumpa Dr Ishak, dia cek, dia terus suspect aku appendix. So kena amik darah. Dapat result, confirm appendix. Dia suruh admit terus dan esok pagi operate. Aku buat muka blur. Dia kata nak buat isnin? Aku kata isnin je lah.. Haha.. boleh lagi nak nego kan. So aku balik. Ahad malam aku admit. Isnin 10/4/12 doc  buat appendix operations & doc betulkan usus aku. Doc kata ada komplikasi dengan usus aku, mungkin punca dari ectopic operations masa bulan 10 tahun 2010 dulu. Tu later aku cerita.


Masuk OT room pukul 10am, keluar pukul 1.30pm. Operate dengan 2 doktor. Dr Ishak & Dr Shah. Sakitnya.. aku rasa lagi sakit dari ectopic. 

Posing sendiri sebelum masuk OT


Seperti biasa peneman aku tidur hospital wajiblah laki aku kan.. Taknak aku tidur sorang kat sini

Happy bila Aida, Faridah, Kris & Lee Moi datang

Hari rabu 11/4/12 boleh discharged. Yahoo.. balik rumah. Malam tadinya pun anak-anak aku ikut tidur hospital. 11/4/12 kan public holiday. Berkampunglah kami anak beranak kat sini.


Tapi masuk hari Ahad, pusat aku bernanah. Infection. Banyak. Malam tu pukul 2am, pegi hospital semula. Doc kat ER kata admit, sebab teruk. 

Masa kat ER. Peace yawww

So admitted lagi pukul 3am. Kali ni bilik 215 pulak. Minggu lepas bilik 216. Bermastautinlah aku di sini. 

Senyum ajelahhhh

Hmm.. bilalah boleh balik..??


Tuesday 13 March 2012

Far Infrared Rays (F.I.R)


Orang asyik baca Premium Beautiful corset ni ada F.I.R atau nama panjang dia Far Infrared Rays. Amenda FIR tu? Dulu saya pun tak amik tau apa FIR tu.. tak amik kisah pun. Tp bila tau psl PB ni, saya pun google la apa menda tu. 

Ni dia fungsi-fungsinya:

- Memperbetulkan aliran darah dalam tubuh
meningkatkan kadar metabolisma
memperbetulkan dan memulihkan sistem  pernafasan
mengelakkan pertumbuhan bakteria
mengeluarkan peluh asid
menggalakkan tumbesaran lebih teratur
mengekalkan kesegaran badan
mengurangkan kandungan asid dalam darah
menghilangkan kesakitan pada tubuh badan @tempat yang sakit
- tidur lebih selesa dan nyenyak
menghilangkan bau badan
menghilangkan kulat dan fungus
membersihkan udara dalam badan
mengekalkan kepanasan suhu badan
menghalang pembiakan sel kanser dalam badan
membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik

Memang banyak kelebihan PB corset ni. Memang tak rugi kalau beli dan pakai secara konsisten at least 8 jam every day. Spend la sikit utk kesihatan kita sebagai perempuan.


Berminat, contact saya utk best price.. takde cash bole beli guna credit card.  Nak installment pun boleh saje sebab saya faham.



                                Saturday 10 March 2012

                                Side income

                                *gambar hiasan ihsan dari pakcik google*

                                Tadi masa tengah tengok adam ujian grading taekwondo, terbaca status Anne kat fb, kata bonus dah masuk. Bila check, alhamdulillah, 2nd bonus dalam business ni aku dah dapat. Syukur & rasa seronoknya. 


                                Aku ada kerja tetap & ada gaji tetap. Tapi takkan nak harapkan itu aje kan. Kena la jugak berusaha nak side income supaya ada extra duit tetiap bulan. Dan aku rasa aku tak salah langkah bila masuk ke bisnes ni. Bisnes, biasalah ada turun naik dan pasang surutnya. Tapi tu semua cabaran. Jangan putus asa. Tak boleh all out, kita buat setakat kita terdaya.


                                Modal? Mestila kena modal. Apa-apa yang kita buat nak dapat hasil mestila kita kena keluarkan something.  Banyak atau sikit modal, terpulang pada kemampuan kita. Semua atas diri kita sendiri. Yang penting, kita NAK buat.


                                Hasilnya pasti ada. Sikit atau banyak yang kita dapat bergantung pada usaha dan komitmen kita.


                                Nak tau cara, email atau contact saya, saya akan guide macamana. Jangan takut, ni bukan tipu. Ni memang kita berniaga, ada barang untuk dijual. Dan barang tu memang ramai orang nak.


                                Contact saya ok. Sama2 kita cari side income..

                                Wednesday 29 February 2012

                                Special project no 2

                                Saya memang suka nak mekap. Saya suka nak melawa. Saya suka tengok org cantik. So setelah bermulanya projek pertama iaitu terjun ke bidang bisnes - Premium Beautiful corset bisnes, saya pun melangkah setapak lagi - ke bidang solekan pula.


                                Dah lama bercadang. Dah lama merancang. Tapi ada je halangan. Asyik fikir halangan, apa pun tak jadi. Minat dan cita-cita tinggal camtu je. Maka Ahad lepas, 26/2/12 saya hadirkan diri ke kelas mekap Bunga Si Chantek Jelita. Seronoknya. Sebab selama ni mekap main suka2 aje. Dah gi kelas baru tau skill yang betul. 
                                With Bunga, kulit dia mak aiii cantiknya...


                                Balik dari kelas, hubby ajak photoshoot. Dia pun mmg ada shooting hari tu. So dah ada kamera tu, on aje lah kan. 
                                Hasil kerja sendiri.. not bad la kan..heheh


                                Tahun ni memang macam-macam benda saya nak buat. Tahun ni memang saya nak all out buat benda yang saya minat. Mana tau lepas ni nak masuk kelas memasak pulak. Haha..


                                Selain nak success dengan PB bisnes, saya pun nak success sebagai MUA. Insyaallah. Dan semua tu kenalah disertakan dengan kerja kuat dan sabar. 


                                So readers, if u have something that you are really interested in, just do it. I bet, you will enjoy it. 
                                And to release tension too...

                                Monday 20 February 2012

                                TAKUT ITU PENGHALANG

                                Dulu i pun takut. I takut nak keluar duit buat modal berniaga. I takut orang taknak beli barang jualan i. I takut nak mulakan. Semua i takut.

                                Tapi i nak hidup senang. I nak ada duit lebih.  I nak pegi vacation selalu. 



                                I nak pegi shopping selalu. I nak jalan-jalan kat shopping complex masa orang sibuk kat ofis. 






                                I taknak kerja makan gaji. I dah taknak kerja 9-5. . 


                                I nak cuti bila i suka. Tak payah sibuk nak cari relief. Tak payah nak sakit hati bila bos reject cuti. Tak payah nak rebut-rebut cuti raya.


                                Sekarang i tekad, i beranikan diri untuk mulakan suatu yang baru dalam hidup. I tak nak lagi ada di takuk lama. I pegang pada kata-kata 9 daripada 10 rezeki itu datang dari berniaga. I ada produk untuk dijual. Produk tu pun dah diiktiraf superbrand. I bukan goyang kaki tiba-tiba duit masuk akaun. 

                                Seseorang ada cakap.. jika anda inginkan sesuatu, anda perlu lakukan sesuatu. Ganjarannya, anda akan dapat sesuatu yang sangat besar. Ada 2 perkara dalam hidup.. kita teruskan atau berhenti. Teruskan kita akan jumpa apa yang kita nak. Berhenti maknanya kita tak kemana-mana.

                                Semoga Allah swt merestui jalan hidup baru yang i pilih. Dan semoga Dia bukakan pintu rezeki untuk i seluas-luasnya. Amin.

                                Pilihan di tangan kita. U macam mana? Nak berubah macam i tak? Satu je yang kita perlu. BERANI.




                                Tapi dalam bab lain, aku tetap penakut..haha


                                *sumber photo dari Mr Google

                                Saturday 18 February 2012

                                PROMOSI PREMIUM BEAUTIFUL CORSET



                                Neenooo neenooo...

                                Rebate Premium Beautiful set still on. Special price for cash/credit card buyer. Installment? Boleh dirunding :):)

                                Hurry.. don't miss it.. Nanti orang lain dah cantik-cantik, body dah curvy-curvy, kita still menggelebeh sana sini.


                                Email/sms/call me ya

                                Daaa...

                                Friday 17 February 2012

                                SIAPA NAK PEGI GUANGZHAO FOC?



                                Siapa taknak pegi jalan free kan. Flight tiket free. Hotel free. Dengan layanan 5 star lagi. Overseas lak tu. Guangzhao, China uollsss...

                                Kalau nak pegi, sms saya kat 012-2284484 atau whatsapp kat 018-2651960 atau email kat norris_nsh@yahoo.com. Nanti saya call semula.

                                Jom kita gi ramai-ramai.

                                xoxo

                                Tuesday 14 February 2012

                                Nak tau size Premium Beautiful

                                Macamana nak tau size PB kita?


                                Anda cuma perlu bagi saya 4 ukuran: bust, underbust, hip & waist. Ukuran semua dlm cm ye. Email or sms saya, nanti saya call semula :)






                                Atau saya boleh ke tempat anda untuk demo & free consultation.

                                Contact saya ye.

                                Monday 30 January 2012

                                MACAM NI LA KERJA MAKAN GAJI



                                Uolls bosan tak dengan keje uolls sekarang? Jujurnya saya amat bosan dengan kerja saya. Bukan setakat kerja, tapi dengan double standard kat ofis juga buat saya bosan. Tapi hari berganti tahun, saya masih setia dengan company saya. Kenapa ye? Sebab saya tak berpeluang melompat ke tempat lain. Faktor usia kot. Tapi yang benarnya, takde rezeki.


                                Kekadang sambil drive ke ofis saya fikir, berbaloi ke aku ni drive pagi petang jauh-jauh tapi sampai ofis macam2 benda yang menyesakkan otak yang aku dapat. Nanti balik rumah kelam kabut dengan kerja kat rumah pulak. Masa rehat tu alahaiii.. macam takde je kecuali tengah tidur. Masa dengan anak-anak pulak? Jumpa malam je.. tu pun diorang sibuk dengan homework, kita sibuk dengan kerja rumah.


                                Income? Gaji? Sama je kan. Selagi takde increment, macam tu la gaji kita. OT memang la takde. Stayback settlekan kerja pun bukan boleh claim OT. Buat kerja amal je lah. Hujung2 yang dapat promotion orang yang pandai mengipas. Hah! bosan! Nak resign? Heh.. mana boleh. Takkan nak harap duit laki je.. dah le suka shopping, suka merayap..


                                Now, saya beranikan diri involve dengan business. Dari dulu saya selalu tolong kawan jual barang diorang. Sekarang saya rasa dah tiba masanya saya buat biz saya sendiri. 9 dari 10 rezeki itu datang dari berniaga. Semoga Allah membuka pintu rezeki saya dalam bidang ni. Mana tau kalau berjaya, boleh resign kan. Wahh.. indahnya detik2 hulur resignation letter kat bos.. Owwhhhh...Can't wait that moment :)


                                Kalau uolls sama situasinya macam saya, jom la kita sama-sama ubah perjalanan hidup kita. Sampai bila kita nak ada kat takuk lama. Kita nak jugak merasa hidup senang kan walau tak kaya raya. Contact saya kalau uolls sependapat dengan saya. Saya dah jumpa lorongnya.

                                Nurich Lacto-lite



                                Pernah dengar Nurich Lacto-lite? Apa tu ye? 


                                Nurich Lacto-lite adalah minuman berkhasiat yg menggabungkan yogurt kultur hidup dan inulin. Ia merupakan sinbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik (bakteria berguna) dan prebiotik (makanan bakteria berguna - inulin), dan seterusnya meningkatkan keberkesanan bakteria berguna di dalam badan manusia.

                                Bakteria berguna dan inulin dalam Nurich Lacto-lite tidak akan dirosakkan oleh asid perut dan garam hempedu. Ia akan terus memasuki dan melekat pada membran lendir usus untuk berfungsi. Nurich Lacto-lite kaya dengan serat larut air, mempercepatkan pembiakan bakteria berguna dalam badan, menyekat pertumbuhan sel-sel rosak di dalam saluran usus dan mendirikan sawar biologi dalam saluran usus.

                                Apa kebaikannya pulak? Haa..meh baca ni:
                                - boleh singkirkan toksin 
                                - meningkatkan metabolisma
                                - melancarkan penghadaman
                                - melegakan sembelit, sangat2 sesuai untuk orang yang susah nak buang air besar macam saya
                                - menggalakan pertumbuhan bakteria baik 
                                - menggalakkan penghasilan nutrisi oleh badan
                                - yang paling-paling orang suka tentulah boleh mengurangkan berat badan

                                So lepas ni jangan risau pasal makan sebab lacto-lite ni akan flush excess fat. But of course la kalau kita control makan dan bersenam proses menguruskan badan tu lagi cepat. Tapi kita ni biasanya mana la ada masa nak gi senam bagai ni kan. Nak control makan pun susah gak sebab malaysia ni ada macam2 food yang best2 belaka. Kalau gitu, sediakan lacto-lite ye sebagai gantinya. Tapiiii.. jangan lupa kena la minum air banyak ye kekawan. 

                                Harga sekotak RM158, 25 sachet. Di ambil sekali sehari pagi atau malam sebelum tidur. Rasa dia, dun wori. Confirm kekawan boleh telan punya. 

                                Berminat, contact or email saya. Special price saya akan bagi siap free postage. Hah, itu yang pentingkan.

                                Always remember this: norris_nsh@yahoo.com & 012-2284484.
                                Saya selalu ada :)

                                XOXO





                                Sunday 29 January 2012

                                TERLEPAS SUDAH

                                Dapat call dari 1 of my fren, Salha. Tanya fasal biz yang i buat. Rupanya dia pun dah join sama. Itula orang kata takde rezeki. Yang sadisnya, kitorang join lebih kurang sama masanya. Kalau tak, either dia amik i as partner or i amik dia as partner. Tapi takpe, kitorg still dlm group yg sama. Nanti bole gi kelas sama2. Walaupun dari partner lain-lain kitorg still bole discuss camne nak improve our biz. No dengki2 in biz. Rezeki masing-masing, kita cuma berusaha sebaik mungkin.

                                So, the morale of this story is, jangan berat mulut untuk bertanya. Jangan malu nak approach. Jangan fikir negative 'nak ke orang join or beli'. Jangan takut nak mulakan. Kita tak mulakan, kita tak tau peluang kita.

                                Ni semua pengalaman & pengajaran bagi i. Tak buat silap maka kita tak tau cara yang betul.

                                Betul tak? Mahu mulakan langkah demi masa depan yg lebih baik? Kita buat sama-sama. Cari saya, saya sentiasa ada :)


                                XOXO

                                KEPUTIHAN

                                Dulu ingat susah sangat nak buat biz PB ni. Tapi bila start buat, alhamdulillah dalam masa seminggu, 3 sets dah terjual. Syukur sangat. Mula-mula nak bukak mulut nak bagitau officemate pun rasa segan, takut kene reject. Tapi tak sangka pulak diorang berminat. Itu la orang kata tak cuba kita tak tau kan.

                                My first buyer, indian lady. Thanks Krish!!. Bila dia dah pakai memang dia satisfied sangat. Katanya badan rasa sedap & mantap. Pastu keluar white discharge yang banyak.

                                White discharge atau keputihan memang dah sinonim dengan wanita. Sebabnya ialah kerana faraj dan pangkal rahim memang mengeluarkan lendir atau cecair yang dipengaruhi oleh paras2 hormon estrogen & progesteron dalam darah wanita untuk melindungi sel-sel & dinding saluran faraj.

                                Bila ada keputihan ni biasanya kita akan rasa gatal-gatal dan tak selesa. Kadangkala ianya berbau dan menyebabkan rasa sakit ketika membuang air kecil. Memang rasa tak selesa. Takkan nak garu selalu kan. Melecet pulak jadinya.

                                Tapi jangan pandang remeh ye masalah keputihan ni. Boleh menyebabkan mandul tau bila terjadinya infection dalam bahagian rahim, ia bukan saja menyebabkan kegatalan dan berbau, malah boleh merosakkan kilang telur.

                                Girdle Premium Beautiful ada jaring-jaring lubang udara untuk pengaliran udara. Kita akan rasa kering dan mengelakkan dari bakteria membiak, fungus dan berbau. Biasanya mula-mula pakai memang akan keluar keputihan banyak tapi lama kelamaan makin berkurangan.

                                So, apa lagi? Jangan takut nak spend untuk sesuatu yang baik untuk kesihatan jangka panjang kita. Esok-esok apa-apa jadi kat diri kita, kita yang kena tanggung sendiri. Sayangi diri kita ye kekawan.

                                Cari saya, saya selalu ada :)

                                XOXO

                                Wednesday 25 January 2012

                                CAMERON HIGHLANDS

                                Salam..

                                Sabtu lepas i ke CH dg family belah i.. mak aiii jammed kat highway. Sudahnya we all keluar tol Tg Malim then ikut jalan dalam ke Tapah. 8am dari rumah, dekat kol 4pm baru sampai CH. Kematu duduk dlm kereta. Syukur la kampungku bukan kat utara. Kalau tak seksanya bila balik raya..

                                Sampai CH, hujan sampai ke malam. Bila dah reda, pegi pasar malam. Apa guna gi CH kalau tak ke pasar malamnya, ye tak??

                                Next daynya orang day start ramai. Jalan dan kedai-kedai start jammed dah. Nak kesana kemari pun pening. Dengan hujannya lagi...

                                Isnin kemas-kemas pastu check out. Pegi Kea Farm kejap.. Punya la sesak.. Nak kata apa kan.. long holiday la pulak.

                                Kalau rajin nanti-nanti i upload gambar yeh

                                Tata

                                Thursday 19 January 2012

                                YES! IT IS PREMIUM BEAUTIFUL

                                I dah pakai PB ni since bulan oct lalu. So far i pakai ok, tak merimaskan & badan rasa sedap dan i rasa confident. I ni memang big size, tapi bila pakai, i ada shape. Dan i rasa lemak kat tepi badan pun dah kurang. Ahaa.. lagi satu, period i dah ok semula. Sebab sejak i operate ectopic pregnancy bulan oct 2010 dulu, period i tak menentu. Kekadang datangnya ibarat main cak-cak aje. Kekadang tak datang langsung. Tapi sejak pakai PB, alhamdulillah, back to normal.

                                Time by time i akan update pasal PB ni ye. If u interested to have 1 set for yourself, feel free to contact me at 012-2284484 or email me at norris_nsh@yahoo.com. Special price i bagi together dengan free gift.

                                Tapiii....apa baiknya PB ni ek? cekidouttt...


                                PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN
                                PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL  membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

                                Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :
                                • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
                                • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
                                • Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
                                • Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.


                                COLI PANJANG

                                Fungsi:
                                1. Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.
                                2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.
                                3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.
                                4. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
                                5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.
                                6. Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan  menambah kontur bahagian belakang.
                                7. Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk.
                                8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
                                SELUAR DALAM PANJANG

                                Fungsi:
                                1.32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
                                2.Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.
                                3.Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
                                4.Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona.
                                5.Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.
                                6.Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu  memperbaiki masalah perut yang buncit.
                                7.Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
                                8.Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.
                                9.Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.


                                BENGKUNG PINGGANG

                                Fungsi:
                                1.Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.
                                2.Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.
                                3.Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.
                                4.Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
                                5.Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
                                6.Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.


                                Wednesday 18 January 2012

                                My business

                                assalamualaikum uolls

                                Dah masuk tahun 2012 pun. Tahun ni i akan berusaha untuk ubah financial i. chaiyok.. chaiyok. Cemana tu ye?

                                I kerja swasta.. pressure tu biasa dah kat office. Tapi kekadang rasa tak berbaloi drive jauh-jauh dari rumah sampai office tapi stress yang dapat. Kekadang balik kerja malam. Letih. Payday, itu juga amount yang kita dapat. Nothing more, less yang ada. Haihhh...

                                So i beranikan diri untuk invest dalam satu business. I survey sana sini, google sana sini, kebanyakannya positif outcome yang i jumpa. Premium Beautiful corset - itu business yang i buat untuk back up my financial. Dengan bimbingan Ija & Ayu, i yakin i boleh buat. Insyaallah.

                                Kalau ada yang berminat & berazam untuk ubah kehidupan macam i, jom la, kita buat sama-sama. Call, sms or email me.

                                Till then.. bye