Tuesday 12 April 2011

Hujan & roti....

Petang tadi aku drive balik kerja dgn meredah hujan yg lebat sepanjang jalan. Dah le mata blur, langit lak dah gelap. Tapi takkan nak tunggu hujan benti lak kan.. anak2 ada kumon, kena la hantar.

Nasib baik masa pegi kumon hujan pun dah reda.. sementara tunggu diorang, aku pegi beli roti. Bebudak opis kirim. Setiap rabu aku akan jadi bai roti kat opis.. Gelaran baru. Hampeh betul bebudak ni.. Diorg suka kirim sbb bun kat kedai tu sedap. Lembut & inti dia pun banyak. Aku beli 17 peket kot.. so dpt memcm jenis roti as free gift dari tokey kedai tu..

Balik dari kumon, singgah lak beli nasik lemak kukus dgn ayam goreng rempah as dinner tonite. Tak koser aku nak masak leletih ni.. Kang nak gosok baju lagi. Mak letih nyah..

Hmmm.. memang badan aku letih hari ni.. Nak tido awal la.. *konon*

Saturday 9 April 2011

Sabtu..

Hari ni aku tak kemana-mana. Duduk rumah je. Petang tadi kakak dgn adam dah pegi umah nenek dia. Tak tau le camne kang.. diorg tido sana ke atau jemput balik kang.

Lunch tadi pun masak simple je.. sayur labu masak lemak dgn ikan cencaru sumbat. Memang biasanya pun masak simple. Dan selalunya aku tak masak.. haha.. Kalau weekdays laagi la aku tak masak.. amik bebudak balik umah, diorg dah siap makan kat umah nenek diorg. Kekadang aku tapau lauk dari sana. Kalau tak, malam kitorg mkn kat luar dan kedai yg selalu dituju ialah Sunita Tomyam.. Org kedai tu pun dah tau kot menu kitorg..

Skang ni tgh iklan kfc lak kat tv.. cam sedap je kan makan kfc.. hmmm..

Dan skang aku sudah lapar.. mari pegi panaskan labu & goreng ikan..

Monday 4 April 2011

Birthday anak-anak

Hari ni aku mc sbb demam. Kepala pun pening sangat. Laki aku hantar bebdk pegi skolah. Lepas diorg pg skolah, aku terus sambung tido.. dgn ujan lak tu pepagi.. pehh... bestnye tido..Rupanya laki aku pun tak pegi keja arini, so sama2 la pegi jumpa doc amik mc. Sebelum pegi klinik, pegi JPN dulu amik IC kakak. huh.. gelap ler gambonya.. camne la kalau nak potostet nanti.. apa la yg nmpk agaknya.. JPN ni pun satu.. tak bole ke edit gambo tu elok2, kasi cerah sikit. Dah tentu2 le IC tu nak dibawa sampai umur 21 tahun. Tak paham aku.

Ok la.. abis citer pasal tu.. ni aku nak citer pasal birthday anak2 aku. Memula birthday kakak, 13/2, tp kitorg celebrate awal sket la masa raya cina aritu. Kebetulan mak aku buat yasin sikit kat kg, so lepas yasin tu, buat la potong kek skali utk Feb babies. Ada kakak, abg aku, kak ipor aku, anak abg aku, adik aku, skali dgn sepupu aku.
 Kakak & Chumi

 Kat celah tu si Nurul, anak makyum aku

Feb babies lg satu grup.. Adam dgn Hakim lak enterframe..

Kek aku tempah dari 2 kawan aku yg berlainan.. kek utk kakak mmg sangat buat aku frust. Setakat tampal 2 gambor barbie yg blur atas kek tu, takde deco apa pun. Sudahnya aku taburkan manik2 gula.. baru le nampak seri sikit. Kek lagi satu tu cantik.

Pastu 27/3 birthday Adam lak.. Ptg tu kitorg ke Shah Alam sbb laki aku nk tgk studio dia dgn kekwn dia.. pastu kitorg pg Tony Romas kat Sunway Pyramid.. celebrate anak beranak kat situ je..

 Merah2 muka dia segan org tu nyanyikan lagu hepi bday


Kakak suap kek.. haha..

Time ni spoil yg benonya.. masa waiter tu bwk kek tu, si adam takde kat tpt dia.. tak pepasal kakak pegi panggil dia. Dia dah duduk baru org tu nyanyikan dia.. apa la kau dam...
Esoknya aku beli kek lg 1 utk makan2 kat umah lak..