Sunday 20 November 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan & UPSR 2011

17 November 2011 - Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah anak. Alhamdulliah, setiap tahun anak-anak tak pernah mengecewakan, sekurang-kurangnya ada satu hadiah yang dibawa balik. Tahun ni Adam dapat hadiah untuk subject BI terbaik. Satu pun jadilaaaa. Sepupunya Amira dpt 4 subject terbaik. Good job. Aliessa pulak dapat hadiah untuk tempat ke 2, BI terbaik, 5A dlm pra-upsr & sijil pengawas.
Hadiah Adam

Congratulations my boy


Amira angkut 4 hadiah.. congratulations



My girl & hadiahnya

Lepas settle majlis penyampaian hadiah, diumumkan pulak keputusan UPSR, yang fresh from oven. Parents & anak2 semua resah gelisah tunggu keputusan. Dipasang pulak muzik ala-ala suspen sementara tunggu nak umum tu. Alhamdulillah, syukur pada Allah swt, Aliessa dapat 5A.

Terima slip keputusan UPSR dari GBnya
Wajah sedih & gembira dapat 5A..Congratulations all

Macam-macam gelagat yang ada masa keputusan diumumkan.. Nasib baik tak banjir sekolah tu.. haha..
Pada semua, tahniah.. tak kira la 5A ke tak. Tahniah sebab dah habis sekolah rendah & welcome to sekolah menengah yang mana cabarannya lagi besar. 

** aku dulu amik result peksa penilaian steady aje.. padahal resultnya cam hampeh.. huhu

Saturday 12 November 2011

Premium Beautiful?

Rasanya beberapa tahun dulu saya ada dapat surat dari someone, isi dalam envelope tu ialah brochure pasal PB corset ni. Tapi saya tak layan pun.. Tak tau sapa yang rajin pos.. siap letak nama betul, bukan setakat masuk brochure dlm postbox je. Lepas tu ada jugak my fren yg rekomen, tapi still saya tak berminat.

Tapi entah kenapa tetiba hujung bulan 9 lepas tergerak lak hati nak try. Kite google la pasal PB ni. Setakat ni tak nampak pulak negative feedback about this corset. So sementara semangat tengah berkobar-kobar, saya contact 3 orang dealer.. biasalahkan, nak beli benda mahal kena la survey offer mana paling menarik. Rasanya itu lumrah kot.

So on 2/10/11 hari tu, grab la 1 set of PB. Pejam mata swipe kredit kad. Dan dan tu gak terus pakai, terus rasa bangga dgn diri sendiri. Rasa hilang lemak2 yang ada. Dan sampai sekarang saya tekun pakai hari-hari. Hari tu ada timbang, dekat nak sebulan pakai berat turun 2kg. Turun sebab bila pakai korset ni, automatically kite tak boleh nak makan banyak, cepat kenyang. 




Later later kite cerita lagi pasal PB ni ye.



Friday 11 November 2011

10.11.2011

Semalam 10.11.11. Birthday aku tapi aku tak boleh cuti. So aku kerja la jugak. Sepanjang hari asyik reply wishes kat fb dgn fon. Thanks all for the wishes and doa. Malam pegi dinner kat aunty aini's dgn hubby n anak2.

Hari ni 11.11.11. Cantikkan tarikh ni. Aku cuti. Ikut hubby pg check-up kat ssh. Pastu lunch kat kedai kat labu. Sedap lauk dia. Memang pure kg. Aku tau psl kedai ni sebab masa bulan puasa aritu diorang ada meniaga kat kuarters klia. Pastu faridah pun ada cerita pasal kedai ni. Tak menyesallah pegi

Monday 31 October 2011

His achievement

Mingguan Malaysia 30.10.11
Ok... Ni bukan nak citer psl awek ni tp just nk wish congratulations to my hub on his achievement. Photo yg dia shoot masuk paper for the very 1st time. Biasanya pagi ahad nak suruh dia keluar beli breakfast punya la susah.. nak pulak suruh beli paper lagi dia tak kuasa. Tapi kali ni dengan senang hati ajak kitorang sarap kat luar.

Mana tau kan ni rezeki dia dlm bidang fotografi makin murah.. aminnn.. boleh ai pow dia skali kan.. ^_*

Perlu perubahan

Wah tajuk... tak boleh blah. Memang aku perlu perubahan. Dengan umur semakin meningkat, anak makin membesar, masa yg makin pantas berlalu.. aku rasa tak banyak yang aku dah capai. Saving pulak..?? Hmm.. cukup ke? Kekadang rasa macam pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang je. Dapat gaji, on the same day dah tinggal separuh sebab bayar segala hutang & kad kredit. Itu pun nasib kalau tinggal separuh.. kekadang tinggal kurang dari separuh pun. Camne nak buat saving kan kalau camtu?

Bila la aku boleh bebas hutang ni? Kalau tak bebas 100% pun, at least 50% pun dah alhamdulillah.

Saturday 22 October 2011

Short holiday

Sabo je la.. terdelete lak entry sebelum ni..haihhh. Tak pepasal kene retype.

Salam all.. entry ni nak cerita pasal short trip aku in May, June & July hari tu. Macam mabuk berjalan lak tetiba. Kang time tak ke mana-mana, berbulan tak berjalan..

Memula ke Pulau Perhentian on 14-16 May 11. Ini memang plan last minit.. Jumaat tu kat opis en hubby call tanya nak pegi Perhentian tak mlm ni? Silap la tanya aku kan soalan bab berjalan ni. Of cos la nak saje. So aku pun cakap dgn bos aku nak kene balik sharp2 sebab nak pegi tenganu. End up.. kol 9pm baru keluar opis. Memang aku stress betul. Sampai rumah terus aku pack baju, kol 11 suku camtu terus gerak. Penatnya badan aku masa tu... Kat Perhentian 3d2n.. memang enjoy gile la dgn hubby n anak2. Aktiviti kat pulau, apa lagi kan... snorkeling la.. walaupun aku ni gayat, kali ni aku gagahkan jugak walaupun lepas tu aku siap muntah2 sebab mabuk. Kakak dgn adam memang suka gila la kan.. Lucky bebudak tu jenis adventure. Senang nak di hayak ke sana ke mari..

Yang tak tahan asyik nak trekking ke long beach.. Letih aku panjat bukit.. keras2 betis rasanya. Tapi pantai kat long beach memang cantik.. white sand, crystal clear water.. Lain kali nak pegi lagi lah. Tetiap tahun pegi pun aku tetap sudi.


On the way ke pulau.. lum mandi..
                                                
Clear giler air dia


Papehal pun maintain cun dulu

Yg terbaring tu aku la tu..Lepas muntah..

29-30 May pulak ke Avillion PD. Kali ni family belah aku join, family belah en hubby pun join gak. 30 May tu sepatutnya due date aku bersalin. Tapi takde rezeki. Tu aku cerita lain kali. So i need a break to heal my pain.. gitewwww..



4 Jun lak, aku anak beranak ke Genting. Ni takde tido sana, day trip je. Dekat lagipun. Sebelum naik tu singgah ke hospital Tawakal dulu, visit Amy, anak maklong. Operate sbb brain tumor. Baru-baru ni pun operate lagi. Kesian.. muda lagi. Harap-harap dia akan sembuh spt sediakala. Amin..

10-11 Julai, ke JB. Ni sebab anak sepupu aku kawin. Pegi dgn family belah aku. Kitorang stay kat Setia Tropika, homestay. Ok rumah tu.. besar, bersih. Rumah pun baru. Malam tu pegi makan ayam penyet kat banafe.. hmmm tak sesedap macam aku makan dulu. Esok tu sebelum balik, singgah rumah mak azza dulu, celebrate birthday Batrisya. Makan laksa johor. yumehh..

Kat Danga Bay

Ada pizza, laksa johor dgn kuih kalerful

Hepi 8th birthday Batrisya


Thursday 12 May 2011

Siapakah itu?

Lunch time tadi aku pegi cimb kat bangi dgn faridah. Tengah isi slip tu ada la sorang kakak ni tegur aku. Memula dia tanya aku ada kakak tak kat Kuantan nama halimah. Bila kata takde, dia kata la aku ada rupa org tu.. pastu tanya aku keje mana, org mana. bila aku kata org johor, dia pun kata dia pun org johor. Pastu aku kata aku nak pegi amik nombor.. pastu dia tanya nama aku lak. pastu tanya lak aku dok mana. ehh dia pun dok sama daerah dgn aku.. pastu mntk no hp aku, kata dia apa salahnya berkawan-kawan kan. Siap ajak dtg rumah dia lagi. Aku kata aku tak tau area rumah dia. Pastu aku cepat2 cakap nak pegi naik  tkt atas, nanti no aku kene panggil aku tak dengor.. takde de aku nak bagi no hp aku kat tah sesapa org..

Lepas abis hal aku kat kaunter, aku dgn faridah pun turun, tu pun terhendap-hendap kot-kot dia ada lagi.. Terus aku keluar dari bank tak toleh-toleh belakang. Faridah kata dia nampak kawan pompuan tu still ada (dia kata dia teman kawan dia kat bank tu). Kitorg jalan lelaju pegi kereta..

Masa sambil jawab soklan2 pompuan tu tadi aku jeling2 gak tangan dia, kot2 dia ada nak promote kat aku pape la kan.. tapi tak nampak lak. Terlintas dlm hati, akak ni nak ajak aku join apa la ni kan, sbb lain macam la pulak ramah dia.

Harap-harap lepas ni jangan la aku terserempak lagi dgn dia. Bukan la aku nak buruk sangka kat dia, cuma cara dia approach tu buat aku takut.  Dalam masa tak sampai bape minit macam2 dia tanya. Bukan la masa tu aku duduk sebelah dia. Kalau sambil duduk menunggu tu then borak2 aku rasa ok la lagi. Ni dah sah2 la aku tgh sibuk2 nak isi slip, nak amik nombor, dia dok la menebeng kat aku. Kalau dia tunggu kawan dia, pegi la duduk kat kerusi yg ada kat bank tu. Pesal lak nak berlegar-legar kat banking hall tu kan..

Hmm.. taknak la buruk sangka.. tapi curiga je.. hehe.. Maaf ye kak, sebab balik opis saya cerita dgn kekawan saya pasal ni.. Mungkin niat akak baik nak berkawan dgn saya tapi saya kena gak berjaga-jaga..:)

Wednesday 11 May 2011

Boulevard..

Hari ni whole day aku rasa ada 1 lagu dah trapped dlm kepala otak aku ni takmo keluar-keluar. Ni gara-gara si jep sepah la ni bagi intro lagu ni kat maharaja lawak aritu. Dah tu lak pagi tadi sepah ni jadi guest kat sinar fm, diorg siarkan pulak lagu ni. Bila dengar lagu ni, macam ada something trigger in my mind.. So sekarang lagu ni aku dah bubuh kat blog ni.. meh aku bagi lirik skali.. sila layan feeling..

Boulevard
I don't know why, you said goodbye
Just let me know you didn't go forever my love
Please tell me why, you make me cry
I beg you please I'm on my knees if that's what you want me to

Chorus:
Never knew that it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lovers again

Just one more chance, another dance
And let me feel it isn't real that I've been losing you
This sun will rise, within your eyes
Come back to me and we will be happy together

Chorus

Maybe today, I'll make you stay
A little while just for a smile and love together
For I will show, a place I know
In Tokyo where we could be happy forever

Happy mom's day & happy anniversary..

2 event pada tarikh yg dekat-dekat.. Mother's day 8/5/2011, hari Ahad. Aku tak kemana-mana pun. Kekwn kakak dtg rumah. 2 org tidur kat rumah dari hari sabtu. Yg tak tido umah pun ada.. sabtu dtg, pastu ptg balik, ahad dtg smula.. So hari sabtu dgn ahad keje aku asik la masak utk bebudak ni. Rajin kan aku..

Selasa 10/5/2011, wedding anniversary aku yg ke 13. Diam tak diam dh 13 thn aku kawin kan. Maknanya aku kenal laki aku pun dlm 18 thn kot. Lamanyaa.. bak kata org pun, dah boleh baca dah gerak dia.. Tapi malas la nak citer lebih-lebih kat sini sebab nanti dia baca, dia kutuk aku semula..huahuahua..kan cikdin kan..

Celebration camne ye? takdenya celebrate-celebrate ni. Tengokla, kalau ada rezeki, diizinkan Allah swt, hujung minggu ni kan ke Perhentian. Itu kalau jadi la. So boleh la consider celebrate anniversary kat sana. Kali ni dgn anak-anak pulak. Masa anniversary ke 11, kami pergi berdua je ke Perhentian, masa tu anak-anak ikut mentua aku ke KK. So tu le peluang nak berhoneymoon. Sampai jatuh bot & terseliuh la bahu aku kat sana. Seronok mmg la seronok pegi berdua je.. tapi pastu asyik la pikir, kalau la bebudak tu ada sekali mesti best. Sooo... kali ni harap-harap dapat la pegi sefamily.

Sebenarnya pada dua-dua tarikh ni, ada yg buat aku sedih. Tapi takpelah. Dugaan dari Allah. Aku redha & terima seadanya. Doa aku tak putus untuk yang terbaik dan terindah. Insyaallah. Amin..

Tuesday 12 April 2011

Hujan & roti....

Petang tadi aku drive balik kerja dgn meredah hujan yg lebat sepanjang jalan. Dah le mata blur, langit lak dah gelap. Tapi takkan nak tunggu hujan benti lak kan.. anak2 ada kumon, kena la hantar.

Nasib baik masa pegi kumon hujan pun dah reda.. sementara tunggu diorang, aku pegi beli roti. Bebudak opis kirim. Setiap rabu aku akan jadi bai roti kat opis.. Gelaran baru. Hampeh betul bebudak ni.. Diorg suka kirim sbb bun kat kedai tu sedap. Lembut & inti dia pun banyak. Aku beli 17 peket kot.. so dpt memcm jenis roti as free gift dari tokey kedai tu..

Balik dari kumon, singgah lak beli nasik lemak kukus dgn ayam goreng rempah as dinner tonite. Tak koser aku nak masak leletih ni.. Kang nak gosok baju lagi. Mak letih nyah..

Hmmm.. memang badan aku letih hari ni.. Nak tido awal la.. *konon*

Saturday 9 April 2011

Sabtu..

Hari ni aku tak kemana-mana. Duduk rumah je. Petang tadi kakak dgn adam dah pegi umah nenek dia. Tak tau le camne kang.. diorg tido sana ke atau jemput balik kang.

Lunch tadi pun masak simple je.. sayur labu masak lemak dgn ikan cencaru sumbat. Memang biasanya pun masak simple. Dan selalunya aku tak masak.. haha.. Kalau weekdays laagi la aku tak masak.. amik bebudak balik umah, diorg dah siap makan kat umah nenek diorg. Kekadang aku tapau lauk dari sana. Kalau tak, malam kitorg mkn kat luar dan kedai yg selalu dituju ialah Sunita Tomyam.. Org kedai tu pun dah tau kot menu kitorg..

Skang ni tgh iklan kfc lak kat tv.. cam sedap je kan makan kfc.. hmmm..

Dan skang aku sudah lapar.. mari pegi panaskan labu & goreng ikan..

Monday 4 April 2011

Birthday anak-anak

Hari ni aku mc sbb demam. Kepala pun pening sangat. Laki aku hantar bebdk pegi skolah. Lepas diorg pg skolah, aku terus sambung tido.. dgn ujan lak tu pepagi.. pehh... bestnye tido..Rupanya laki aku pun tak pegi keja arini, so sama2 la pegi jumpa doc amik mc. Sebelum pegi klinik, pegi JPN dulu amik IC kakak. huh.. gelap ler gambonya.. camne la kalau nak potostet nanti.. apa la yg nmpk agaknya.. JPN ni pun satu.. tak bole ke edit gambo tu elok2, kasi cerah sikit. Dah tentu2 le IC tu nak dibawa sampai umur 21 tahun. Tak paham aku.

Ok la.. abis citer pasal tu.. ni aku nak citer pasal birthday anak2 aku. Memula birthday kakak, 13/2, tp kitorg celebrate awal sket la masa raya cina aritu. Kebetulan mak aku buat yasin sikit kat kg, so lepas yasin tu, buat la potong kek skali utk Feb babies. Ada kakak, abg aku, kak ipor aku, anak abg aku, adik aku, skali dgn sepupu aku.
 Kakak & Chumi

 Kat celah tu si Nurul, anak makyum aku

Feb babies lg satu grup.. Adam dgn Hakim lak enterframe..

Kek aku tempah dari 2 kawan aku yg berlainan.. kek utk kakak mmg sangat buat aku frust. Setakat tampal 2 gambor barbie yg blur atas kek tu, takde deco apa pun. Sudahnya aku taburkan manik2 gula.. baru le nampak seri sikit. Kek lagi satu tu cantik.

Pastu 27/3 birthday Adam lak.. Ptg tu kitorg ke Shah Alam sbb laki aku nk tgk studio dia dgn kekwn dia.. pastu kitorg pg Tony Romas kat Sunway Pyramid.. celebrate anak beranak kat situ je..

 Merah2 muka dia segan org tu nyanyikan lagu hepi bday


Kakak suap kek.. haha..

Time ni spoil yg benonya.. masa waiter tu bwk kek tu, si adam takde kat tpt dia.. tak pepasal kakak pegi panggil dia. Dia dah duduk baru org tu nyanyikan dia.. apa la kau dam...
Esoknya aku beli kek lg 1 utk makan2 kat umah lak..

Wednesday 30 March 2011

Kan aku dah kata..

Aku patut cuti dari jumaat smpi selasa.. tp awal2 bos aku kata MAYBE dia akan call aku nti. Dan pada petang senin yg damai masa aku tgh dok order mekdi, dia pun call la aku.."i need u tomoro".. Adoii.. geramnya aku.. pakkan le kau bos aku.. sepanjang jalan balik tu sambil aku drive aku membebel..

Sebelum dia call tu, aku baru beli kek besday Adam. Dari kedai kek tu, aku dgn kakak ke mekdi, beli burger utk org2 kat umah tu.. kengkonon celebrate besday adam la sikit sesama kitorg je. Citer psl besday adam nti aku citer kat entry lain.

So pagi selasa aku pun melangkah le ke opis dgn hati yg bengkek. Nak buat camne kan.. ni le nasib jadik kuli. Aku dah agak dah, paper yg aku prepare tu msti ada menda yg nak kene tambah. Tu le pasalnya.. org dh buat awal2, kau perap lam laci. Nak salahkan dia 100% pun takleh gak, sbb yg gegatal nak tambah memacam tu big bos..

Yg benonya, aku cuti ni sebab mentua aku pegi umrah.. so alang tinggal umah jagakan bebudak. Aku dgn shima take turn amik cuti, tolong alang pasal nak kene ulang alik amik bebudak blk skolah. So bila aku kene kansel cuti, sian la si alang kene amik diorg naik motor ulang alik.

Anyway, esok mentua aku balik dah.. harap2 doa aku kirim dimakbulkan.. amin...

Wednesday 23 March 2011

Org ada blog, awak pun nak jugak..

Salam.. mcm tajuk kat atas tu la kan.. aku pun tingin gak nak berblog. Cumanya tah smpi bila la bole idup blog ni. Kalau rajin, aku update la.. kalau tak, takde la kan.. Blog ni pun anak aku dak kakak yg createkan. Aku sesaje je soh dia, tp dia btl2 nak buatkan. Aku ok je la, sbb aku bkn reti nak design2 blog ni. Dia yg br djh 6 lak reti menda ni sumer.

First entry ni nak citer psl apa ek? Perlu ke aku citer yg sepanjang arini aku sakit perut asik nak buang angin gara2 asik mkn halia jeruk yg sedap tu.. Hah.. dh terciter pon.. hari ni kat opis pun aku mcm takde mood je nak keje, sbb dok kira hari aku nak cuti, start dari jumaat ni sampai la selasa..

Paper utk bos aku pg briefing to Dato' hari khamis nti aku dh prepare & dh bagi dia awal2 dah, mana tau kot2 ada changes bole le aku buat cpt2 sbb aku ingt nti rabu nk mntk blk awal sbb mentua aku blk umrah. Tp biasale bos aku ni suke smpn jadik pekasam nti last minit dia kelam kabut soh aku amend itu ini. Sudahnya nti dr kengkonon nk balik awal, sesilap trus kene stayback.. harap2 dia tak le sebegitu kejam kan.. huhu..