Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Saturday, 10 March 2012

Side income

*gambar hiasan ihsan dari pakcik google*

Tadi masa tengah tengok adam ujian grading taekwondo, terbaca status Anne kat fb, kata bonus dah masuk. Bila check, alhamdulillah, 2nd bonus dalam business ni aku dah dapat. Syukur & rasa seronoknya. 


Aku ada kerja tetap & ada gaji tetap. Tapi takkan nak harapkan itu aje kan. Kena la jugak berusaha nak side income supaya ada extra duit tetiap bulan. Dan aku rasa aku tak salah langkah bila masuk ke bisnes ni. Bisnes, biasalah ada turun naik dan pasang surutnya. Tapi tu semua cabaran. Jangan putus asa. Tak boleh all out, kita buat setakat kita terdaya.


Modal? Mestila kena modal. Apa-apa yang kita buat nak dapat hasil mestila kita kena keluarkan something.  Banyak atau sikit modal, terpulang pada kemampuan kita. Semua atas diri kita sendiri. Yang penting, kita NAK buat.


Hasilnya pasti ada. Sikit atau banyak yang kita dapat bergantung pada usaha dan komitmen kita.


Nak tau cara, email atau contact saya, saya akan guide macamana. Jangan takut, ni bukan tipu. Ni memang kita berniaga, ada barang untuk dijual. Dan barang tu memang ramai orang nak.


Contact saya ok. Sama2 kita cari side income..

Monday, 31 October 2011

His achievement

Mingguan Malaysia 30.10.11
Ok... Ni bukan nak citer psl awek ni tp just nk wish congratulations to my hub on his achievement. Photo yg dia shoot masuk paper for the very 1st time. Biasanya pagi ahad nak suruh dia keluar beli breakfast punya la susah.. nak pulak suruh beli paper lagi dia tak kuasa. Tapi kali ni dengan senang hati ajak kitorang sarap kat luar.

Mana tau kan ni rezeki dia dlm bidang fotografi makin murah.. aminnn.. boleh ai pow dia skali kan.. ^_*

Wednesday, 30 March 2011

Kan aku dah kata..

Aku patut cuti dari jumaat smpi selasa.. tp awal2 bos aku kata MAYBE dia akan call aku nti. Dan pada petang senin yg damai masa aku tgh dok order mekdi, dia pun call la aku.."i need u tomoro".. Adoii.. geramnya aku.. pakkan le kau bos aku.. sepanjang jalan balik tu sambil aku drive aku membebel..

Sebelum dia call tu, aku baru beli kek besday Adam. Dari kedai kek tu, aku dgn kakak ke mekdi, beli burger utk org2 kat umah tu.. kengkonon celebrate besday adam la sikit sesama kitorg je. Citer psl besday adam nti aku citer kat entry lain.

So pagi selasa aku pun melangkah le ke opis dgn hati yg bengkek. Nak buat camne kan.. ni le nasib jadik kuli. Aku dah agak dah, paper yg aku prepare tu msti ada menda yg nak kene tambah. Tu le pasalnya.. org dh buat awal2, kau perap lam laci. Nak salahkan dia 100% pun takleh gak, sbb yg gegatal nak tambah memacam tu big bos..

Yg benonya, aku cuti ni sebab mentua aku pegi umrah.. so alang tinggal umah jagakan bebudak. Aku dgn shima take turn amik cuti, tolong alang pasal nak kene ulang alik amik bebudak blk skolah. So bila aku kene kansel cuti, sian la si alang kene amik diorg naik motor ulang alik.

Anyway, esok mentua aku balik dah.. harap2 doa aku kirim dimakbulkan.. amin...

Wednesday, 23 March 2011

Org ada blog, awak pun nak jugak..

Salam.. mcm tajuk kat atas tu la kan.. aku pun tingin gak nak berblog. Cumanya tah smpi bila la bole idup blog ni. Kalau rajin, aku update la.. kalau tak, takde la kan.. Blog ni pun anak aku dak kakak yg createkan. Aku sesaje je soh dia, tp dia btl2 nak buatkan. Aku ok je la, sbb aku bkn reti nak design2 blog ni. Dia yg br djh 6 lak reti menda ni sumer.

First entry ni nak citer psl apa ek? Perlu ke aku citer yg sepanjang arini aku sakit perut asik nak buang angin gara2 asik mkn halia jeruk yg sedap tu.. Hah.. dh terciter pon.. hari ni kat opis pun aku mcm takde mood je nak keje, sbb dok kira hari aku nak cuti, start dari jumaat ni sampai la selasa..

Paper utk bos aku pg briefing to Dato' hari khamis nti aku dh prepare & dh bagi dia awal2 dah, mana tau kot2 ada changes bole le aku buat cpt2 sbb aku ingt nti rabu nk mntk blk awal sbb mentua aku blk umrah. Tp biasale bos aku ni suke smpn jadik pekasam nti last minit dia kelam kabut soh aku amend itu ini. Sudahnya nti dr kengkonon nk balik awal, sesilap trus kene stayback.. harap2 dia tak le sebegitu kejam kan.. huhu..