Monday 30 April 2012

Aku mangsa blind date



Aku rasa semua orang pernah ada blind date kan? Aku teringat satu kisah lucu pasal blind date kawan aku, Ina. Dia dah janji dengan satu abang ni, sape ek nama dia, lupa aku. Janjinya kat depan restoran Happy Fried Chicken. Maka aku dengan kawan aku lagi sorang, Amoi pegi la teman dia. Masa tu kitorang form 5 kot.


Kami bertiga tunggu kat kaki lima kedai, tetiba nampak satu brader ni tunggu kat motor dia kat depan kedai lagi satu. Lagaknya macam tengah tunggu orang. Dia pun pandang-pandang kat kitorang. Sekali dia bukak helmet dia, mai ooiii misai melentik sebijik macam A.Galak. Ina dah gabra, dia taknak jumpa. Tetiba brader tu datang kat kitorang, dia tegur aku, "Ni Ina ke?" Aku terkujat, dan-dan tu ina dengan amoi blah terus lintas jalan.  Aku tercegat cam orang bodoh kat situ. Dak Ina takleh bersuara sebab dia batuk, suara serak dari malam semalamnya. Kalau dia bercakap, sure A Galak tu tau itu adalah dia.


Puas aku cakap yang aku bukan Ina. Dia kata "Kalau bukan Ina, kenapa tunggu sini, pandang-pandang abang. Abang tau awak ni Ina". Aku kata aku nak tunggu kawan aku. Pastu brader tu cakap apa lagi tah, aku pun tak ingat, yang aku ingat mati-mati aku kata aku bukan Ina. Nak tunjuk Ina yang sebetulnya, tak sampai hati lak aku, walaupun aku nampak dia dengan amoi tengah seronok gelakkan aku. Aku cakap dengan brader tu aku nak gi kat kekawan aku. Dia siap cakap sampai hati aku buat dia camtu, dia datang jauh-jauh dari Muar tapi aku taknak jumpa. Dengan muka sedih+bengang dia pun blah. Lepastu memang la dak ina kena dengan aku. Tapi bukan marah apa pun.. kelakar gila kotttt...


Esoknya dak chah bagitau aku, A Galak call dia, cakap kat dia yang aku tak mengaku aku ni Ina. Chah tanya la camne rupa 'Ina' tu.. A Galak tu describe la.. Dak Chah kata.."Aku dah agak, mesti yang dia jumpa tu kau".

Aku tak ingat le ina ni kenal brader tu dari chah ke apa..tapi macam ada kaitan la, lupa aku.

Amoi, Ina, Aku - tahun 1997


Blind date aku dengan laki aku pulak? Dia call aku dari public phone area rumah aku, kata nak jumpa. Aku ingat dia main-main, tapi dia kata "kat telefon ni ada satu butang dah berlubang". Betulla tu sebab aku selalu ke public phone tu. So pukul 10 malam aku keluar jumpa dia pakai baju tidur.. haha.. Tu la first time aku jumpa laki aku lepas 2 tahun kenal kat phone aje. Jumpa pun sekejap je sebab aku segan campur takut..


Tapi tu kira blind date ke? Haha.. Bole la kot.. sebab tak pernah jumpa kan...

Masa kecik

Kecik-kecik dulu aku tinggal kat berek hospital Tangkak. Aku takde kawan-kawan sebaya di kalangan jiran-jiran aku. Kalau ada perempuan pun dah kira kakak-kakak yang tak main luar rumah, atau lagi muda dari aku, Is aku panggil dia. Tapi dia dah meninggal accident, Alfatihah untukmu Is. So aku geng dengan kekawan abang aku.


Dah kawan dengan lelaki haruslah permainan pun game lelakilah. Sebelah area rumah aku ada kebun getah. Kitorang masuk lubang kat pagar tu pegi kutip biji getah. Main laga bijik getah, bijik getah sapa tak pecah, dialah terrer. Main baling selipar, main bola asam..hah yang ni memang berbirat belakang kena baling bola tenis tu. Askar-askar, nyorok ibu, lumba basikal, panjat sana sini, main meriam (tu aku tengok je..), teng-teng.. apa lagi ek?? Hah.. baling getah, main ceper, tangkap belalang, pondok-pondok (yang ni jarang sebab takde geng). Dulu mana ada video game ke komputer ke.. so tetiap petang memang aktiviti kat luar rumah. Lagipun dulu-dulu memang selamat kalau balik sekolah duduk rumah sendiri, main luar rumah, merayau-rayau. Zaman sekarang ni je bahaya sikit.


Ada geng perempuan pun luar kawasan hospital, Zully. Selalu jugak main sama, tapi dia pun dah sama cam lelaki. Dengan dia ni kitorang gi main kat sungai, main guling kat bukit tepi padang, panjat tembok shoplot yang baru siap, senggayut kat ampai dobi, mengintai wad-wad, mengintai labour room masa pegi ngaji...(hahah..giler..).


Aku pernah kene kunci pintu, mak tak kasik masuk rumah sebab merayap tak ingat nak balik. Duduk la aku kat depan rumah sampai pintu dibukak. Masuk rumah kene bebel lagi. 


Seronok ingat zaman budak-budak masa dulu. Stress free. Tau dalam kepala nak main aje. Rindu kamu semua kak yati, kak aja, kak uji, arwah is, rosli, hasri, azri, aziah, majan, abg acid, kak us, arwah yayi, liza, zully, emi, boy, lela, bobot.. sapa lagi ek.. lupa dah aku..

Tuesday 24 April 2012

Perempuan, jagalah maruah dan aib kita

Menanggung sakit berminggu-minggu buatkan aku selalu berfikir, Allah kalau nak tarik nikmat hidup kita, anytime aje. Ini baru aku sakit sikit. Mengenangkan sepupu hubby aku yang 2 orang tu lagi membuat aku insaf. Dua-dua pun baru 20-an. Sorang koma dah berbulan-bulan kerana brain tumor, sorang lagi terlantar kanser paru-paru. Nauzubillah... 

Tapi kita insaf bila nampak depan mata atau bila dah menanggung je. Bila sihat? Ada kita fikir tu semua? Tak ada kan. Kita rasa kita hidup menongkat langit sampai bila-bila. Ohhh.. aku muda lagi, sukati akulah nak buat apa, yang kau sibuk kenapa? Nanti aku taubatlah. Nanti aku berubahlah. Itu yang kebanyakan dari kita fikirkan. 

Dulu aku nakal. Aku mengaku. Macam-macam kenakalan aku buat. Orang mudalah katakan. Tapi nakal-nakal aku pun dengan laki aku. Aku tak gadaikan maruah aku pada lelaki-lelaki yang entah sesiapa. Hmmm... bila tengok kes-kes gambar bogel artis ataupun model ataupun perempuan yang entah sesiapa, yang pastinya diorang tak mengaku itu adalah diorang, aku fikir, mana la kes rogol tak berleluasa.. tak dapat merasa yang itu, dia rembat orang-orang yang tak bersalah.

Biasanya yang nak sangat ambik gambar macam tu semuanya yang suam-suam kuku. Yang perasan hot atau tengah mencari-cari tapak dalam bidang yang entah aku tak tau apa. Entahlah dik. Akak bukanlah baik sangat nak cerita pasal benda-benda ni semua. Nanti ada pulak yang cakap macam la kau tu baik sangat, semua orang buruk kat mata kau. Tapi sukati koranglahkan nak buat macammana. Kubur pun masing-masing. Tapi sangat kesian pada korang yang sanggup gadaikan maruah sendiri. Esok dah tersebar ke serata alam barulah kau tau. Orang yang mengambik gambar tu memang la suka. As if diorang tu pun sama menongkat langit sampai bila-bila. 

Aku ada suami, anak perempuan dan anak lelaki. Aku doa siang malam agar keluarga aku tak terlibat dengan benda-benda yang sebegini. Tapi cabaran zaman sekarang memang sangat hebat. Aku hanya mampu berdoa agar Allah makbulkan doa aku. Kita semua nak yang terbaik untuk keluarga kita di dunia dan akhirat. Aku pun bukan baik sangat, tapi perlahan-lahan aku cuba berubah kepada yang lebih baik sebab umur aku makin bertambah. Nak nakal sikit-sikit bolehlah.. aku faham naluri manusia, cuma janganlah terbang tinggi sangat. Sakit bila jatuh. Wallahualam.




Tuesday 17 April 2012

sakit..sakit..sakit..

Yeee.. bersiaran dari bilik 215 wad Sri Menanti, KPJ Seremban Specialist Hospital...


Jumaat minggu lepas, 6/4/12 aku direfer ke gynae, Dr Ishak sbb perut aku sakit dah seminggu. ada 2 kemungkinan, cyst atau appendix. Doc kat panel klinik aku kata if appendix mesti dah pecah kalau dah seminggu, so dia kata maybe cyst & dia refer aku kat gynae. 


Bila jumpa Dr Ishak, dia cek, dia terus suspect aku appendix. So kena amik darah. Dapat result, confirm appendix. Dia suruh admit terus dan esok pagi operate. Aku buat muka blur. Dia kata nak buat isnin? Aku kata isnin je lah.. Haha.. boleh lagi nak nego kan. So aku balik. Ahad malam aku admit. Isnin 10/4/12 doc  buat appendix operations & doc betulkan usus aku. Doc kata ada komplikasi dengan usus aku, mungkin punca dari ectopic operations masa bulan 10 tahun 2010 dulu. Tu later aku cerita.


Masuk OT room pukul 10am, keluar pukul 1.30pm. Operate dengan 2 doktor. Dr Ishak & Dr Shah. Sakitnya.. aku rasa lagi sakit dari ectopic. 

Posing sendiri sebelum masuk OT


Seperti biasa peneman aku tidur hospital wajiblah laki aku kan.. Taknak aku tidur sorang kat sini

Happy bila Aida, Faridah, Kris & Lee Moi datang

Hari rabu 11/4/12 boleh discharged. Yahoo.. balik rumah. Malam tadinya pun anak-anak aku ikut tidur hospital. 11/4/12 kan public holiday. Berkampunglah kami anak beranak kat sini.


Tapi masuk hari Ahad, pusat aku bernanah. Infection. Banyak. Malam tu pukul 2am, pegi hospital semula. Doc kat ER kata admit, sebab teruk. 

Masa kat ER. Peace yawww

So admitted lagi pukul 3am. Kali ni bilik 215 pulak. Minggu lepas bilik 216. Bermastautinlah aku di sini. 

Senyum ajelahhhh

Hmm.. bilalah boleh balik..??