Tuesday 24 April 2012

Perempuan, jagalah maruah dan aib kita

Menanggung sakit berminggu-minggu buatkan aku selalu berfikir, Allah kalau nak tarik nikmat hidup kita, anytime aje. Ini baru aku sakit sikit. Mengenangkan sepupu hubby aku yang 2 orang tu lagi membuat aku insaf. Dua-dua pun baru 20-an. Sorang koma dah berbulan-bulan kerana brain tumor, sorang lagi terlantar kanser paru-paru. Nauzubillah... 

Tapi kita insaf bila nampak depan mata atau bila dah menanggung je. Bila sihat? Ada kita fikir tu semua? Tak ada kan. Kita rasa kita hidup menongkat langit sampai bila-bila. Ohhh.. aku muda lagi, sukati akulah nak buat apa, yang kau sibuk kenapa? Nanti aku taubatlah. Nanti aku berubahlah. Itu yang kebanyakan dari kita fikirkan. 

Dulu aku nakal. Aku mengaku. Macam-macam kenakalan aku buat. Orang mudalah katakan. Tapi nakal-nakal aku pun dengan laki aku. Aku tak gadaikan maruah aku pada lelaki-lelaki yang entah sesiapa. Hmmm... bila tengok kes-kes gambar bogel artis ataupun model ataupun perempuan yang entah sesiapa, yang pastinya diorang tak mengaku itu adalah diorang, aku fikir, mana la kes rogol tak berleluasa.. tak dapat merasa yang itu, dia rembat orang-orang yang tak bersalah.

Biasanya yang nak sangat ambik gambar macam tu semuanya yang suam-suam kuku. Yang perasan hot atau tengah mencari-cari tapak dalam bidang yang entah aku tak tau apa. Entahlah dik. Akak bukanlah baik sangat nak cerita pasal benda-benda ni semua. Nanti ada pulak yang cakap macam la kau tu baik sangat, semua orang buruk kat mata kau. Tapi sukati koranglahkan nak buat macammana. Kubur pun masing-masing. Tapi sangat kesian pada korang yang sanggup gadaikan maruah sendiri. Esok dah tersebar ke serata alam barulah kau tau. Orang yang mengambik gambar tu memang la suka. As if diorang tu pun sama menongkat langit sampai bila-bila. 

Aku ada suami, anak perempuan dan anak lelaki. Aku doa siang malam agar keluarga aku tak terlibat dengan benda-benda yang sebegini. Tapi cabaran zaman sekarang memang sangat hebat. Aku hanya mampu berdoa agar Allah makbulkan doa aku. Kita semua nak yang terbaik untuk keluarga kita di dunia dan akhirat. Aku pun bukan baik sangat, tapi perlahan-lahan aku cuba berubah kepada yang lebih baik sebab umur aku makin bertambah. Nak nakal sikit-sikit bolehlah.. aku faham naluri manusia, cuma janganlah terbang tinggi sangat. Sakit bila jatuh. Wallahualam.




No comments:

Post a Comment