Showing posts with label Vacations. Show all posts
Showing posts with label Vacations. Show all posts

Friday, 17 February 2012

SIAPA NAK PEGI GUANGZHAO FOC?



Siapa taknak pegi jalan free kan. Flight tiket free. Hotel free. Dengan layanan 5 star lagi. Overseas lak tu. Guangzhao, China uollsss...

Kalau nak pegi, sms saya kat 012-2284484 atau whatsapp kat 018-2651960 atau email kat norris_nsh@yahoo.com. Nanti saya call semula.

Jom kita gi ramai-ramai.

xoxo

Wednesday, 25 January 2012

CAMERON HIGHLANDS

Salam..

Sabtu lepas i ke CH dg family belah i.. mak aiii jammed kat highway. Sudahnya we all keluar tol Tg Malim then ikut jalan dalam ke Tapah. 8am dari rumah, dekat kol 4pm baru sampai CH. Kematu duduk dlm kereta. Syukur la kampungku bukan kat utara. Kalau tak seksanya bila balik raya..

Sampai CH, hujan sampai ke malam. Bila dah reda, pegi pasar malam. Apa guna gi CH kalau tak ke pasar malamnya, ye tak??

Next daynya orang day start ramai. Jalan dan kedai-kedai start jammed dah. Nak kesana kemari pun pening. Dengan hujannya lagi...

Isnin kemas-kemas pastu check out. Pegi Kea Farm kejap.. Punya la sesak.. Nak kata apa kan.. long holiday la pulak.

Kalau rajin nanti-nanti i upload gambar yeh

Tata

Saturday, 22 October 2011

Short holiday

Sabo je la.. terdelete lak entry sebelum ni..haihhh. Tak pepasal kene retype.

Salam all.. entry ni nak cerita pasal short trip aku in May, June & July hari tu. Macam mabuk berjalan lak tetiba. Kang time tak ke mana-mana, berbulan tak berjalan..

Memula ke Pulau Perhentian on 14-16 May 11. Ini memang plan last minit.. Jumaat tu kat opis en hubby call tanya nak pegi Perhentian tak mlm ni? Silap la tanya aku kan soalan bab berjalan ni. Of cos la nak saje. So aku pun cakap dgn bos aku nak kene balik sharp2 sebab nak pegi tenganu. End up.. kol 9pm baru keluar opis. Memang aku stress betul. Sampai rumah terus aku pack baju, kol 11 suku camtu terus gerak. Penatnya badan aku masa tu... Kat Perhentian 3d2n.. memang enjoy gile la dgn hubby n anak2. Aktiviti kat pulau, apa lagi kan... snorkeling la.. walaupun aku ni gayat, kali ni aku gagahkan jugak walaupun lepas tu aku siap muntah2 sebab mabuk. Kakak dgn adam memang suka gila la kan.. Lucky bebudak tu jenis adventure. Senang nak di hayak ke sana ke mari..

Yang tak tahan asyik nak trekking ke long beach.. Letih aku panjat bukit.. keras2 betis rasanya. Tapi pantai kat long beach memang cantik.. white sand, crystal clear water.. Lain kali nak pegi lagi lah. Tetiap tahun pegi pun aku tetap sudi.


On the way ke pulau.. lum mandi..
                                                
Clear giler air dia


Papehal pun maintain cun dulu

Yg terbaring tu aku la tu..Lepas muntah..

29-30 May pulak ke Avillion PD. Kali ni family belah aku join, family belah en hubby pun join gak. 30 May tu sepatutnya due date aku bersalin. Tapi takde rezeki. Tu aku cerita lain kali. So i need a break to heal my pain.. gitewwww..



4 Jun lak, aku anak beranak ke Genting. Ni takde tido sana, day trip je. Dekat lagipun. Sebelum naik tu singgah ke hospital Tawakal dulu, visit Amy, anak maklong. Operate sbb brain tumor. Baru-baru ni pun operate lagi. Kesian.. muda lagi. Harap-harap dia akan sembuh spt sediakala. Amin..

10-11 Julai, ke JB. Ni sebab anak sepupu aku kawin. Pegi dgn family belah aku. Kitorang stay kat Setia Tropika, homestay. Ok rumah tu.. besar, bersih. Rumah pun baru. Malam tu pegi makan ayam penyet kat banafe.. hmmm tak sesedap macam aku makan dulu. Esok tu sebelum balik, singgah rumah mak azza dulu, celebrate birthday Batrisya. Makan laksa johor. yumehh..

Kat Danga Bay

Ada pizza, laksa johor dgn kuih kalerful

Hepi 8th birthday Batrisya