Showing posts with label cerita kosong. Show all posts
Showing posts with label cerita kosong. Show all posts

Monday, 20 February 2012

TAKUT ITU PENGHALANG

Dulu i pun takut. I takut nak keluar duit buat modal berniaga. I takut orang taknak beli barang jualan i. I takut nak mulakan. Semua i takut.

Tapi i nak hidup senang. I nak ada duit lebih.  I nak pegi vacation selalu. 



I nak pegi shopping selalu. I nak jalan-jalan kat shopping complex masa orang sibuk kat ofis. 






I taknak kerja makan gaji. I dah taknak kerja 9-5. . 


I nak cuti bila i suka. Tak payah sibuk nak cari relief. Tak payah nak sakit hati bila bos reject cuti. Tak payah nak rebut-rebut cuti raya.


Sekarang i tekad, i beranikan diri untuk mulakan suatu yang baru dalam hidup. I tak nak lagi ada di takuk lama. I pegang pada kata-kata 9 daripada 10 rezeki itu datang dari berniaga. I ada produk untuk dijual. Produk tu pun dah diiktiraf superbrand. I bukan goyang kaki tiba-tiba duit masuk akaun. 

Seseorang ada cakap.. jika anda inginkan sesuatu, anda perlu lakukan sesuatu. Ganjarannya, anda akan dapat sesuatu yang sangat besar. Ada 2 perkara dalam hidup.. kita teruskan atau berhenti. Teruskan kita akan jumpa apa yang kita nak. Berhenti maknanya kita tak kemana-mana.

Semoga Allah swt merestui jalan hidup baru yang i pilih. Dan semoga Dia bukakan pintu rezeki untuk i seluas-luasnya. Amin.

Pilihan di tangan kita. U macam mana? Nak berubah macam i tak? Satu je yang kita perlu. BERANI.




Tapi dalam bab lain, aku tetap penakut..haha


*sumber photo dari Mr Google

Monday, 30 January 2012

MACAM NI LA KERJA MAKAN GAJI



Uolls bosan tak dengan keje uolls sekarang? Jujurnya saya amat bosan dengan kerja saya. Bukan setakat kerja, tapi dengan double standard kat ofis juga buat saya bosan. Tapi hari berganti tahun, saya masih setia dengan company saya. Kenapa ye? Sebab saya tak berpeluang melompat ke tempat lain. Faktor usia kot. Tapi yang benarnya, takde rezeki.


Kekadang sambil drive ke ofis saya fikir, berbaloi ke aku ni drive pagi petang jauh-jauh tapi sampai ofis macam2 benda yang menyesakkan otak yang aku dapat. Nanti balik rumah kelam kabut dengan kerja kat rumah pulak. Masa rehat tu alahaiii.. macam takde je kecuali tengah tidur. Masa dengan anak-anak pulak? Jumpa malam je.. tu pun diorang sibuk dengan homework, kita sibuk dengan kerja rumah.


Income? Gaji? Sama je kan. Selagi takde increment, macam tu la gaji kita. OT memang la takde. Stayback settlekan kerja pun bukan boleh claim OT. Buat kerja amal je lah. Hujung2 yang dapat promotion orang yang pandai mengipas. Hah! bosan! Nak resign? Heh.. mana boleh. Takkan nak harap duit laki je.. dah le suka shopping, suka merayap..


Now, saya beranikan diri involve dengan business. Dari dulu saya selalu tolong kawan jual barang diorang. Sekarang saya rasa dah tiba masanya saya buat biz saya sendiri. 9 dari 10 rezeki itu datang dari berniaga. Semoga Allah membuka pintu rezeki saya dalam bidang ni. Mana tau kalau berjaya, boleh resign kan. Wahh.. indahnya detik2 hulur resignation letter kat bos.. Owwhhhh...Can't wait that moment :)


Kalau uolls sama situasinya macam saya, jom la kita sama-sama ubah perjalanan hidup kita. Sampai bila kita nak ada kat takuk lama. Kita nak jugak merasa hidup senang kan walau tak kaya raya. Contact saya kalau uolls sependapat dengan saya. Saya dah jumpa lorongnya.

Friday, 11 November 2011

10.11.2011

Semalam 10.11.11. Birthday aku tapi aku tak boleh cuti. So aku kerja la jugak. Sepanjang hari asyik reply wishes kat fb dgn fon. Thanks all for the wishes and doa. Malam pegi dinner kat aunty aini's dgn hubby n anak2.

Hari ni 11.11.11. Cantikkan tarikh ni. Aku cuti. Ikut hubby pg check-up kat ssh. Pastu lunch kat kedai kat labu. Sedap lauk dia. Memang pure kg. Aku tau psl kedai ni sebab masa bulan puasa aritu diorang ada meniaga kat kuarters klia. Pastu faridah pun ada cerita pasal kedai ni. Tak menyesallah pegi

Monday, 31 October 2011

Perlu perubahan

Wah tajuk... tak boleh blah. Memang aku perlu perubahan. Dengan umur semakin meningkat, anak makin membesar, masa yg makin pantas berlalu.. aku rasa tak banyak yang aku dah capai. Saving pulak..?? Hmm.. cukup ke? Kekadang rasa macam pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang je. Dapat gaji, on the same day dah tinggal separuh sebab bayar segala hutang & kad kredit. Itu pun nasib kalau tinggal separuh.. kekadang tinggal kurang dari separuh pun. Camne nak buat saving kan kalau camtu?

Bila la aku boleh bebas hutang ni? Kalau tak bebas 100% pun, at least 50% pun dah alhamdulillah.