Monday 30 January 2012

MACAM NI LA KERJA MAKAN GAJI



Uolls bosan tak dengan keje uolls sekarang? Jujurnya saya amat bosan dengan kerja saya. Bukan setakat kerja, tapi dengan double standard kat ofis juga buat saya bosan. Tapi hari berganti tahun, saya masih setia dengan company saya. Kenapa ye? Sebab saya tak berpeluang melompat ke tempat lain. Faktor usia kot. Tapi yang benarnya, takde rezeki.


Kekadang sambil drive ke ofis saya fikir, berbaloi ke aku ni drive pagi petang jauh-jauh tapi sampai ofis macam2 benda yang menyesakkan otak yang aku dapat. Nanti balik rumah kelam kabut dengan kerja kat rumah pulak. Masa rehat tu alahaiii.. macam takde je kecuali tengah tidur. Masa dengan anak-anak pulak? Jumpa malam je.. tu pun diorang sibuk dengan homework, kita sibuk dengan kerja rumah.


Income? Gaji? Sama je kan. Selagi takde increment, macam tu la gaji kita. OT memang la takde. Stayback settlekan kerja pun bukan boleh claim OT. Buat kerja amal je lah. Hujung2 yang dapat promotion orang yang pandai mengipas. Hah! bosan! Nak resign? Heh.. mana boleh. Takkan nak harap duit laki je.. dah le suka shopping, suka merayap..


Now, saya beranikan diri involve dengan business. Dari dulu saya selalu tolong kawan jual barang diorang. Sekarang saya rasa dah tiba masanya saya buat biz saya sendiri. 9 dari 10 rezeki itu datang dari berniaga. Semoga Allah membuka pintu rezeki saya dalam bidang ni. Mana tau kalau berjaya, boleh resign kan. Wahh.. indahnya detik2 hulur resignation letter kat bos.. Owwhhhh...Can't wait that moment :)


Kalau uolls sama situasinya macam saya, jom la kita sama-sama ubah perjalanan hidup kita. Sampai bila kita nak ada kat takuk lama. Kita nak jugak merasa hidup senang kan walau tak kaya raya. Contact saya kalau uolls sependapat dengan saya. Saya dah jumpa lorongnya.

No comments:

Post a Comment