Thursday 12 May 2011

Siapakah itu?

Lunch time tadi aku pegi cimb kat bangi dgn faridah. Tengah isi slip tu ada la sorang kakak ni tegur aku. Memula dia tanya aku ada kakak tak kat Kuantan nama halimah. Bila kata takde, dia kata la aku ada rupa org tu.. pastu tanya aku keje mana, org mana. bila aku kata org johor, dia pun kata dia pun org johor. Pastu aku kata aku nak pegi amik nombor.. pastu dia tanya nama aku lak. pastu tanya lak aku dok mana. ehh dia pun dok sama daerah dgn aku.. pastu mntk no hp aku, kata dia apa salahnya berkawan-kawan kan. Siap ajak dtg rumah dia lagi. Aku kata aku tak tau area rumah dia. Pastu aku cepat2 cakap nak pegi naik  tkt atas, nanti no aku kene panggil aku tak dengor.. takde de aku nak bagi no hp aku kat tah sesapa org..

Lepas abis hal aku kat kaunter, aku dgn faridah pun turun, tu pun terhendap-hendap kot-kot dia ada lagi.. Terus aku keluar dari bank tak toleh-toleh belakang. Faridah kata dia nampak kawan pompuan tu still ada (dia kata dia teman kawan dia kat bank tu). Kitorg jalan lelaju pegi kereta..

Masa sambil jawab soklan2 pompuan tu tadi aku jeling2 gak tangan dia, kot2 dia ada nak promote kat aku pape la kan.. tapi tak nampak lak. Terlintas dlm hati, akak ni nak ajak aku join apa la ni kan, sbb lain macam la pulak ramah dia.

Harap-harap lepas ni jangan la aku terserempak lagi dgn dia. Bukan la aku nak buruk sangka kat dia, cuma cara dia approach tu buat aku takut.  Dalam masa tak sampai bape minit macam2 dia tanya. Bukan la masa tu aku duduk sebelah dia. Kalau sambil duduk menunggu tu then borak2 aku rasa ok la lagi. Ni dah sah2 la aku tgh sibuk2 nak isi slip, nak amik nombor, dia dok la menebeng kat aku. Kalau dia tunggu kawan dia, pegi la duduk kat kerusi yg ada kat bank tu. Pesal lak nak berlegar-legar kat banking hall tu kan..

Hmm.. taknak la buruk sangka.. tapi curiga je.. hehe.. Maaf ye kak, sebab balik opis saya cerita dgn kekawan saya pasal ni.. Mungkin niat akak baik nak berkawan dgn saya tapi saya kena gak berjaga-jaga..:)

Wednesday 11 May 2011

Boulevard..

Hari ni whole day aku rasa ada 1 lagu dah trapped dlm kepala otak aku ni takmo keluar-keluar. Ni gara-gara si jep sepah la ni bagi intro lagu ni kat maharaja lawak aritu. Dah tu lak pagi tadi sepah ni jadi guest kat sinar fm, diorg siarkan pulak lagu ni. Bila dengar lagu ni, macam ada something trigger in my mind.. So sekarang lagu ni aku dah bubuh kat blog ni.. meh aku bagi lirik skali.. sila layan feeling..

Boulevard
I don't know why, you said goodbye
Just let me know you didn't go forever my love
Please tell me why, you make me cry
I beg you please I'm on my knees if that's what you want me to

Chorus:
Never knew that it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lovers again

Just one more chance, another dance
And let me feel it isn't real that I've been losing you
This sun will rise, within your eyes
Come back to me and we will be happy together

Chorus

Maybe today, I'll make you stay
A little while just for a smile and love together
For I will show, a place I know
In Tokyo where we could be happy forever

Happy mom's day & happy anniversary..

2 event pada tarikh yg dekat-dekat.. Mother's day 8/5/2011, hari Ahad. Aku tak kemana-mana pun. Kekwn kakak dtg rumah. 2 org tidur kat rumah dari hari sabtu. Yg tak tido umah pun ada.. sabtu dtg, pastu ptg balik, ahad dtg smula.. So hari sabtu dgn ahad keje aku asik la masak utk bebudak ni. Rajin kan aku..

Selasa 10/5/2011, wedding anniversary aku yg ke 13. Diam tak diam dh 13 thn aku kawin kan. Maknanya aku kenal laki aku pun dlm 18 thn kot. Lamanyaa.. bak kata org pun, dah boleh baca dah gerak dia.. Tapi malas la nak citer lebih-lebih kat sini sebab nanti dia baca, dia kutuk aku semula..huahuahua..kan cikdin kan..

Celebration camne ye? takdenya celebrate-celebrate ni. Tengokla, kalau ada rezeki, diizinkan Allah swt, hujung minggu ni kan ke Perhentian. Itu kalau jadi la. So boleh la consider celebrate anniversary kat sana. Kali ni dgn anak-anak pulak. Masa anniversary ke 11, kami pergi berdua je ke Perhentian, masa tu anak-anak ikut mentua aku ke KK. So tu le peluang nak berhoneymoon. Sampai jatuh bot & terseliuh la bahu aku kat sana. Seronok mmg la seronok pegi berdua je.. tapi pastu asyik la pikir, kalau la bebudak tu ada sekali mesti best. Sooo... kali ni harap-harap dapat la pegi sefamily.

Sebenarnya pada dua-dua tarikh ni, ada yg buat aku sedih. Tapi takpelah. Dugaan dari Allah. Aku redha & terima seadanya. Doa aku tak putus untuk yang terbaik dan terindah. Insyaallah. Amin..